Kelas Asas ICT (MS Power Point)

1 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 31 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas Microsoft Power Point bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini disertai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 petang hingga 12.00 tengah hari selama 3 jam bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan memantapkan pengetahuan pelajar-pelajar Giat Mara dalam menggunakan menggunakan Microsoft Power Point. Dalam kelas ini, pelajar-pelajar di ajar memasukkan perkataan menggunakan WordArt, design perkataan menggunakan text effect, memasukkan gambar ke dalam power point, memasukkan jadual dan carta pai serta cara mengedit data pada chart. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak secara ringkas.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada MS Power Point
3. Penerangan terperinci – WordArt, TextEffect, Insert, memasukkan data dan lain-lain button dalam MS power point.
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali